Wednesday, February 11, 2009

Langit Selepas Hujan

Assalamualaikum.....

Kawan2..pernah tak melihat langit selepas hujan?...
Langit selepas hujan..Subhanallah...cantik sgt :)

Umpama matahari yang menyinar selepas hujan lebat..
Begitulah nikmatnya kasih sayang Allah....diberiNya ujian dan tribulasi buat hambaNya, supaya selepas berjaya mengharungi ujianNya...bertambah kasih kita kepadaNya..dan bersyukur kita akan nikmatNya yang tak terkira....

Mana datang senang jika kita tak mengenal apa itu susah...
Mana tau itu bahagia jika kita tak mengenal apa itu derita....

Begitu juga dengan kehidupan..kadang2 akan ada awan hitam menyelubungi kita..kemudian akan hujan....tapi selepas itu, matahari akan keluar memancarkan cahaya yang paling terang :)

Jika hari ini sahabat2 sedang diuji, bersabarlah...kerana itu tanda kasih sayang Allah pada kita...
Hebatnya seorang Muslim, bila diuji dia bersabar....dan bila dia bersabar bertambahlah imannya...Bila diberi kesenangan dia bersyukur.....dan bertambahlah imannya kerana bersyukur....

Wasalam....jumpa di posting akan datang ye :)

p/s: dalam bersahabat dan berteman memang banyak perlu kesabaran...kerana hati manusia itu berbeza-beza.....tapi sahabat2, indahnya ukhuwwah di jalan Allah kerana letaknya di hati,bila bersendirian ia menemani, bila berjauhan ia pasti dirindui =)

Monday, February 9, 2009

Ahlan wa Sahlan :)

Assalamualaikum and Welcome :)

Alhamdulillah, setelah sekian lama membuka akaun blogger nie..akhirnya tercapai jua impian sy utk menulis posting pertama di blog ini :)
Buat sahabat2 dan peminat2 yang menunggu kemunculan posting pertama sy,penantian anda tamat di sini :p

Posting pertama saya berjudul 'Ahlan wa Sahlan'- apa makna Ahlan wa Sahlan?....

Bukan...bukan bahasa jawa walaupun sy berketurunan jawa sy skit pun x pandai ckp bhasa jawa :P

Jadi apa maksud Ahlan wa Sahlan nie?haa~siapa nak jwab angkat tangan!!:) hehe....

Ahlan wa Sahlan adalah dalam bahasa Arab...secara ringkas nya bermaksud Selamat Datang...
Tapi kalau ikut betul2 terjemahan bahasa Arab yg betul;(merujuk buku "Perbualan Bahasa Arab")
"Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan"

Subhanallah, hebatnya Bahasa AlQuran! dengan tiga patah perkataan sahaja dah membuka pintu persaudaraan :)

Jadi ucapan selamat yang sama sy ucapkan kepada sesiapa jua yang melawat atau x sengaja sedang google2 jumpa blog sy..."AHLAN WA SAHLAN"

Blog ini sy bina atas dsar ingin berkongsi ilmu dan pengalaman disamping menyahut seruan sahabat saya si pemudakahfi .

Apa yang dipaparkan di blog ini tidak lain tidak bukan adalah pendapat dari diri saya sendiri dan ianya tidak mewakili mana2 pihak dan organisasi.

Jadi, sehingga bertemu di posting akan datang...Wasalam :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir