Wednesday, February 11, 2009

Langit Selepas Hujan

Assalamualaikum.....

Kawan2..pernah tak melihat langit selepas hujan?...
Langit selepas hujan..Subhanallah...cantik sgt :)

Umpama matahari yang menyinar selepas hujan lebat..
Begitulah nikmatnya kasih sayang Allah....diberiNya ujian dan tribulasi buat hambaNya, supaya selepas berjaya mengharungi ujianNya...bertambah kasih kita kepadaNya..dan bersyukur kita akan nikmatNya yang tak terkira....

Mana datang senang jika kita tak mengenal apa itu susah...
Mana tau itu bahagia jika kita tak mengenal apa itu derita....

Begitu juga dengan kehidupan..kadang2 akan ada awan hitam menyelubungi kita..kemudian akan hujan....tapi selepas itu, matahari akan keluar memancarkan cahaya yang paling terang :)

Jika hari ini sahabat2 sedang diuji, bersabarlah...kerana itu tanda kasih sayang Allah pada kita...
Hebatnya seorang Muslim, bila diuji dia bersabar....dan bila dia bersabar bertambahlah imannya...Bila diberi kesenangan dia bersyukur.....dan bertambahlah imannya kerana bersyukur....

Wasalam....jumpa di posting akan datang ye :)

p/s: dalam bersahabat dan berteman memang banyak perlu kesabaran...kerana hati manusia itu berbeza-beza.....tapi sahabat2, indahnya ukhuwwah di jalan Allah kerana letaknya di hati,bila bersendirian ia menemani, bila berjauhan ia pasti dirindui =)

2 comments:

_ said...

Salam
tumpang lalu ya.catatan yang sgt bermakna.saya ambilkan nya sebagai pengajaran yang penuh makna..dan terapkan dalam hati.
betul kata-kata Ina.Dugaan Allah swt kadang kala bagai langit suram menyelubungi hati.Tapi jika bersabar untuk menunggu ia pergi, nescaya keluar nya cahaya yang indah..
terima kasih di atas coretan ini ya..

Shafina Sahimi said...

wasalam...terima kasih kerana tumpang lalu~~Alhamdulillah, ada jg faedah yg bole diambil dr blog ini..:)

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir