Monday, July 6, 2009

Mari Meng-update Blog! :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, saya masih lagi disini, diberi kekuatan untuk meng-update blog ini.
Berbulan lama nya keinginan meng-update blog tiada....kenapa?
Wuah..wuah..salah saya sebenarnya,pemalas sangat :)

Selama ini sy selalu cakap dekat diri sendiri bila ada panggilan untuk meng-update blog "nak update apa?bukan ada benda menarik pun yang nak ditulis"- itulah kata2 yang menjadi sebab kepada kenapa blog ini tidak di-update :D

Tapi akhirnya, sy update juga blog ini kerana tidak mahu ia menjadi satu liabiliti kepada diri.

Nama blog jg sy tukar, sebelum ini dalam bahasa inggeris, kerana mau menulis dalam bahasa inggeris sepertimana kawan2 yang lain...tapi bila fikir2 kembali, kalau tidak sy sendiri yang memartabatkan bahasa sy, siapa lg?dan juga untuk memperbaiki bahasa Melayu yang dah semakin cacat akibat hampir 4 tahun belajar menggunakan bahasa Inggeris secara total. Sebelum bertambah buruk keadaan, inilah usaha sy untuk memperbaikinya.
- so for my friends out there, who don't understand Bahasa Melayu, do find me to translate it for you, but then again, this blog is just for my random rumblings and mumblings -
eceh2, sungguh penuh keyakinan bahawa blog ini popular dan ramai pembaca...hahahaha....

Dalam tulisan kali ini, sy memang tiada benda yang menarik untuk ditulis. Sekadar sedikit coretan buat teman2 yang tertanya2 kemana sy menghilang atau kenapa susah hendak melihat muka sy di kampus, padahal pengajian baru bermula.

Kawan-kawan! saya masih disini :) hehe..cuma sedikit sibuk memandangkan Tahun ke3 pengajian sudah bermula. Subjek utama dah bertambah jadi 5 subjek per semester (sebelum nie 4 je) a.k.a yuran pun dah naik (biasala, MMU) jadi seluruh tenaga harus digunakan untuk memastikan subjek2 ini akan lulus dengan jayanya, kerana jika tidak saya harus mengulang semula subjek di semester akan datang (polisi baru MMU-no supplementary paper on the same semester!) jadi kalau tidak mahu menanggung akibat ngeri yang akan menyebabkan kepada migrain kronik, baikla belajar awal2.

Lagi pula, semester depan sy akan menjalani latihan industri. Tapi untuk pelajar undang-undang dinamakan 'legal attachment' dalam bahasa Melayu tak tau nak translate macam mana :) Tapi yang penting konsepnya sama seperti latihan industri. InsyaAllah, selepas Aidilfitri tahun ni, sy akan melaporkan diri ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru, sekiranya permohonan diterima. Doakan sy ye kawan-kawan :)

Saya dan Cita-Cita Saya


Rasanya, kalau tulis panjang2, dah tak dinamakan coretan~ sy pun tak nak ia bertukar menjadi tulisan mengarut.
Jadi sampai disini sajalah coretan sy, moga2 masih rajin untuk menulis di masa akan datang :)

Wasalam.....

2 comments:

aini mardhiyah said...

ada yg nak meninggalkan melaka nampaknya..

;)

cahaya said...

cik ina~
nanti ada kes apa2..
saya rujuk awak je la ya.. ^_^

ps: bgus2.. martabatkan bahasa melayu.. ;)

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir