Thursday, July 9, 2009

Perjuangan Tidak Bermusim

Adakah Syurga Itu Murah?
www.iLuvislam.com
tajulrijalannuar
editor : everjihad



Ketika melintasi restoran-restoran makanan segera asing yang anda sendiri maklum menyokong pendudukan dan penjajahan Yahudi di Palestin, saya berasa amat pelik kerana setelah ada yang penat lelah turut sama mengikuti kempen mengutuk dan memijak serta barangkali membakar bendera Israel tidak berapa lama dahulu, namun tetap ada juga sahabat seagama kita yang terus sama menyokong dengan membeli barangan tersebut.

Logikal memboikot barangan Yahudi benar, saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadap produk Yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka. Mereka pula bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut. Pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.

NAMUN jika dinilai dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita, ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1, beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.

Bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi, kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tidak meminum coca-cola ataupun berhenti makan di KFC dan Mc Donald, bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan KFC. Lebih molek lagi andai syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan seperti yang dialkukan oleh syarikat HPA yang telah membuka restoran RFC(Radix Fried Chichken) dan punya beberapa cawangan di beberapa tempat.



Umat Islam harus bersatu!


Jika umat islam di Malaysia ini pandang hal ini, ini merupakan aspek KESATUAN UMAT ISLAM. Ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang muslim,kita selalu mendengar tentang persaudaraan umat Islam. Anda boleh merujuk Al-Quran tentangnya :

"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ,maka damaikanlah antara keduanya”

Bahkan dalam hadis Rasulullah s.a.w menyatakan :

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. Persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja! Maka, wahai saudara-saudaraku, adakah syurga itu murah?

Adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tidak logik untuk memboikot bahkan tidak logik untuk membantu?

Adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan?


Adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan,
“Saudaraku, saudara se-Islam ku! TERNYATA KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU-PELURU MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK-ANAK PALESTIN, MEMBUNUH SAUDARA SMEUSLIM MU SENDIRI!”


Pedulikah kita dengan nasib umat Islam di Palestin?
Pedulikah kita dengan nasib umat Islam di Palestin?

Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan? Dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan? Benar,mungkin tidak semua barangan tersebut dapat kita boikot dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersebut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita. Tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.

Selagi mampu kita laksanakan, kita laksanakan. Kalau memboikot adalah yang paling mampu kita lakukan,maka kenapa tidak kita lakukan? Mahukah nanti Allah bertanya padamu:
“ADAKAH SYURGA ITU MURAH?”

Sumber : www.cetusanminda.wordpress.com

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan izinNya, kita masih bernafas hari ini....

Buat posting kali ini, sy tidak ada tulisan untuk dikongsi tetapi sy ada artikel menarik hasil tulisan orang lain yang ingin sy kongsi dengan semua....

Perjuangan saudara-saudara kita di bumi Palestin tidak pernah berhenti....kenapa perlu kita?
Adakah kerana perjuangan kita status nya 'bermusim'? atau kerana kita sertai perjuangan ini, hanya kerana tanggungjawab sosial?atau kerana semua orang pun join,kita pun nak join, baru jadi mahasiswa celik isu semasa?

Rasa baru semalam berada dalam dewan yang sesak dengan mahasiwa dan mahasiswi yang dapat dirasakan semangat perjuangannya ibarat api yang marak!
Dengan laungan "Khaibar khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud" sahut menyahut teriakan "Selamatkan Gaza dan Bebaskan Palestin"
Malam itu, kita adalah satu! Satu demi saudara kita di bumi Palestin.....

Tapi sekarang, adakah api perjuangan itu semakin malap?
Atau musim perjuangan untuk saudara kita di bumi Palestin sudah tamat?

Sy rs sangat pelik...semalam berpeluh-peluh bersesakkan menyertai kempen selamatkan bumi palestin, berteriak sakan demi sebuah perjuangan untuk saudara di Palestin,
Hari ini....tanpa segan silu, seakan hilang ingatan dengan memori itu, masuk ke McD makan, dan duduk ketawa bergembira....lupa ke pada 'malam itu'?
Takpe2...sy faham..manusia mudah lupa....minda kita ada 'tendency' untuk lupa terhadap certain perkara...

TAK PERLU RISAU!JANGAN SEDIH!

Hari ini, kita hidupkan kembali api perjuangan kita.....
Jangan pernah lelah atau letih meneruskan perjuangan ini.....
Teruskan perjuangan kita demi saudara2 di Palestin.....

Sesungguhnya jangan kita jadikan perjuangan kita demi Islam, agenda bermusim....
Perjuangan kita agenda sepanjang masa....
Kerana kita Islam dan kita hamba Allah...tidak bermusim!!!

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir